Sabar merupakan sifat orang yang beriman. Apabila kesabaran hilang dalam diri maka kejahilan pula yang akan muncul. Seorang ibu sabar menjaga anaknya siang dan malam.
Seorang guru pula perlu sabar mendidik anak murid mereka. Dengan pelbagai ragam dan perangai dalam sebuah kelas, kesabaran dan keinginan untuk melihat kejayaan pelajar adalah sangat penting.